Loading...

Saturday, December 26, 2009

PEMUDA MIC BAHAGIAN TANGGA BATU ANJUR KEJOHANAN FUTSAL






Pergerakan Pemuda MIC Bahagian Tangga Batu dengan kerjasama Pemuda MIC Negeri Melaka telah menganjurkan Kejohanan Futsal Terbuka di Komplek Belia dan Sukan Ayer Keroh, Melaka. Tangga Batu FC telah menewaskan Krubong FC dengan jaringan penalty 5 – 4. En. Gunasekaran Timbalan Ketua MIC Bahagian MIC Bahagian Tangga Batu bagi pihak En. Mahadevan Ketua MIC Bahagian Tangga Batu, En V.P Shanmugam Ketua Pemuda MIC Negeri Melaka bersama En. Rama Sockalingam Ketua Putera MIC Negeri telah hadir sebagai tetamu kehormat menyaksikan perlawanan ini. Program ini telah dilaksanakan oleh En. Shashi Kannan Ketua Pemuda MIC Bahagian Tangga Batu, Encik V.Ramesh, Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Tangga Batu serta ketua-ketua Cawangan dan Jawatankuasa Pemuda Cawangan-Cawangan dalam Bahagian Tangga Batu.

En. Shashi Kannan menekankan perhatian yang serius perlu diberikan agar semangat kesukanan dikalangan pemuda india kembali seperti zaman kegemilangannya dahulu. Beliau juga menyatakan bahawa hanya aktiviti sukan sahaja yang boleh membawa semangat kejiranan dikalangan pemuda india dan memuji sikap kerjasama yang wujud dikalangan pemuda mic bahagian tangga batu yang proaktif.

Sebelum itu Encik Gunasegaran, Timbalan Ketua Bahagian MIC Bahagian Tangga Batu berjanji akan memberi sokongan dan kerjasama sepenuh, sekiranya penganjuran Kejohanan seperti ini dianjurkan di peringkat bahagian pada masa yang akan datang.

“Program ini telah diadakan untuk menarik lebih pemuda india supaya proactive dan kerjasama dalam membentuk pergerakkan pemuda mic yang lebih kaliber dan aktif” menurut En. Vijayan, Ketua Biro Sukan Pemuda MIC Bahagian Tangga Batu.

0 comments: